πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐇 π“π„π‘πˆπŒπ€ 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐋𝐀𝐔𝐓

1 2 3
4 5 6
7 8 9

KUALA LUMPUR, 1 Ogos 24- Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah hadir ke Majlis Serah Terima Tugas Panglima Tentera Laut di di Auditorium Wisma Pertahanan, hari ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab Rahman dengan disaksikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari.

Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin Ayob secara rasminya menyerahkan tampuk pemerintahan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada Laksamana Madya Dato’ Zulhelmy bin Ithnain sebagai Pemangku Panglima Tentera Laut.

10 11 12
13 14 17

 

Turut hadir ke majlis ini adalah; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddean binJantan;Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (MATM), Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Haji Ahmad, barisan kepimpinan tertinggi TLDM dan warga TLDM.

Laksamana Tan Sri Abdul Rahman telah dilantik sebagai Panglima Tentera Laut ke-18 pada 27 Januari 2023 dan akan mula bercuti mulai 1 Ogos 2024 sebelum bersara wajib pada 2 Disember 2024. Laksamana Tan Sri Abdul Rahman telah melakar Sejarah tersendiri kerana beliau merupakan Submariner pertama yang dilantik sebagai Panglima Tentera Laut.