πˆπ’π“πˆπ€πƒπ€π“ ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ 𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ’

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

PUTRAJAYA, 31 Jul 24 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah telah berkenan bercemar duli ke Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2024 bertempat di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya.

Istiadat Perbarisan anjuran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dikoordinasikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada kali ini berkonsepkan perbarisan statik dengan penglibatan empat (4) detasemen yang terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Persatuan Pesara Bekas Polis (PPBP). Perbarisan pada tahun ini diketuai oleh Lt Kol Abang Raduan bin Abang Madihi TUDM berkekuatan 700 Pegawai dan Anggota ATM dan PDRM.

Acara dimulakan dengan lagu Negaraku diiringi 21 das tembakan meriam yang disempurnakan oleh anggota ATM, dan diikuti dengan pemeriksaan kawalan kehormatan utama oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Kemuncak acara adalah persembahan pantomim khas β€˜OP SUBUH – Tragedi Bukit Jenalik, Sauk’ yang menyingkap kembali sorotan pengorbanan wira-wira negara dalam menjaga kedaulatan serta keamanan negara suatu ketika dahulu. Pantomim OP SUBUH buat pertama kalinya menampilkan penglibatan para perwira daripada ATM dan PDRM di dalam satu operasi yang sama, dipersembahkan sewaktu Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan. Ianya telah dijayakan oleh pelakon-pelakon terdiri daripada anggota ATM, PDRM dan beberapa waris sebenar kepada wira-wira negara yang terkorban. Turut dilaksanakan dalam pantomim tersebut adalah bacaan sajak β€˜Jenalik Berdarah’ yang disampaikan oleh Sarjan Siti Nur Aini binti Jasni dari ATM dan Inspektor Muhammad Faizul bin Mustafa dari PDRM.

Acara diteruskan dengan tiupan β€˜Paluan Fajar’ di mana Jalur Gemilang dikibarkan sebagai tanda memberi semarak kepada pahlawan, untuk terus bangkit berjuang dalam mempertahankan kedaulatan serta keamanan negara.

Hari Pahlawan dahulunya dikenali sebagai Hari Peringatan atau Rememberance Day yang juga turut dikenali sebagai Poppy Day dan disambut di Negara-negara Komanwel semenjak berakhirnya Perang Dunia Pertama untuk memperingati para anggota angkatan bersenjata yang gugur ketika berkhidmat. Malaysia telah mengisytihar Hari Pahlawan pada tanggal 31 Julai 1960 sempena tamatnya darurat pada tarikh tersebut.

Istiadat pada hari ini turut dihadiri oleh pucuk pimpinan tertinggi TUDM iaitu Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM dan isteri, Puan Sri Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan; Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM dan isteri, Datin Dr Halina binti Haron; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM dan isteri Datin Lynette binti Tan Sri Mohd Ngah serta Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Masro bin Kaliwon TUDM dan isteri, Puan Dewi Mastura binti Tumiran.

β€œTerima Kasih Pahlawan Negara”