ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ πŽππ„π‘π€π’πˆ 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ π€π‘πŒπ€πƒπ€ 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐓

DSC 5555 DSC 5572 DSC 5639
DSC 5651 DSC 5722 DSC 5730

 

SUBANG, 25 Jun 24 – Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM telah menerima Kunjungan Hormat daripada Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato’ Ts. Shamsuddin bin Hj Ludin bertempat di Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU), hari ini.

Kunjungan hormat ini merupakan yang pertama daripada Laksamana Madya Dato’ Ts. Shamsuddin bin Hj Ludin ke atas Panglima Operasi Udara selepas memegang jawatan Panglima Armada Barat, Markas Pemerintahan Armada Barat yang ke -27.

Ketibaan Panglima Armada Barat telah disambut oleh Panglima Operasi Udara dan pegawai eksekutif markas. Seterusnya beliau diberi penghormatan menerima tabik hormat daripada Kawalan Kuarter Pangkalan Udara Subang sebelum diperkenalkan dengan pegawai-pegawai kanan MPOU dan menandatangani buku lawatan.

Panglima Armada Barat juga turut dibawa melawat ke Galeri MPOU dan Air Force Operations Centre (AFOC) serta diberi taklimat ringkas mengenai fungsi dan peranan AFOC oleh AKS MPOU-A3, Kol Norazman bin Ismail TUDM.