πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŒπ„ππ€ππƒπ€π“π€ππ†π€ππˆ πŠπŽππ“π‘π€πŠ 𝐃𝐀𝐍 πŒπŽπ” πŒπ„π‹πˆππ€π“πŠπ€π πŠπ„πŒπ„ππ“π„π‘πˆπ€π 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

KUALA LUMPUR, 8 Mei 24 - Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah hadir menyaksikan menyaksikan majlis tandatangan Dokumen Kontrak, Memorandum Persefahaman (MOU), dan penyerahan Surat Setuju Terima (LOA) serta Surat Niat (LOI) pada hari ketiga Pameran Defence Services Asia (DSA) 2024 dan National Security (NATSEC) Asia 2024.

Pemeteraian ini telah memuktamadkan sebanyak 40 perjanjian bernilai RM7.3 bilion yang terdiri daripada 17 Surat Setuju Terima (RM3.30 bilion); 7 Kontrak (RM1.90 bilion); 4 Surat Niat (RM1.83 bilion); 10 Memorandum Persefahaman (RM280 juta) dan Sijil Sistem Integriti Korporat Malaysia.

MOU ini turut melibatkan perolehan aset baharu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di mana Tentera Darat Malaysia (TDM) bakal menerima 18 unit Senjata Berpandu Anti-Kereta Kebal – Julat Sederhana Anti Tank Guided Weapon Medium Range (ATGW-MR) dari Turkiye.

Manakala bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pula, penggantian Air Surveillance Radar (ASR) dan Air Traffic Management System (ATM) akan digantikan kepada sistem yang baharu kelak. Sistem milik TUDM ini diperlukan bagi memastikan pergerakan keselamatan pesawat dan aliran trafik udara dapat dikesan dengan lebih cepat.

Bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pula, aspek penyelenggaraan bagi aset-aset semasa seperti armada permukaan, kapal selam dan helikopter akan menjadi keutamaan semasa dan sentiasa berada dalam tahap kesiagaan yang paling tinggi.

Kontrak untuk 3 kapal TLDM seperti KD JEBAT, KD PERAK dan KD BAUNG termetrai ditandatangani dan diteruskan program baik pulih dengan kerjasama syarikat shipyards tempatan. Kementerian Pertahanan turut merangka pelan masa hadapan demi kebolehupayaan dan kebolehoperasian kapal selam TLDM menjayakan sesuatu misi dengan selamat.

Turut hadir menyaksikan YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia; YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan; YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha; Panglima Angkatan Tentera serta Panglima-Panglima Perkhidmatan.