๐ƒ๐’๐€ & ๐๐€๐“๐’๐„๐‚ ๐€๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’: ๐๐€๐๐†๐‹๐ˆ๐Œ๐€ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ & ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐”๐ƒ๐€๐‘๐€ ๐’๐„๐‘๐“๐€๐ˆ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐Œ๐„๐๐„๐Œ๐๐€๐Š ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐ƒ๐’๐€-๐๐€๐“๐’๐„๐‚ ๐€๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’

1 2 3 4

 

PUTRAJAYA, 8 Mei 24 โ€“ Panglima Pendidikan & Latihan Udara (PPLU), Lt Jen Dato' Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM telah hadir menyertai latihan menembak bersama delegasi dalam dan luar negara bersempena Pameran Defence Services Asia (DSA) 2024 dan National Security (NATSEC) Asia 2024 bertempat di Lapang Sasar Kelab Menembak Sasaran Shapadu pagi tadi.

Program anjuran bersama Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ini telah disertai oleh 92 peserta termasuk Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato' Mahadzer bin Amin TUDM dan Panglima Rejimen TUDM, Brig Jen Mohd Zairul Hisham bin Muhamad Ibrahim TUDM yang mewakili TUDM bersama-sama PPLU.

Sebanyak dua kategori yang dipertandingkan dalam latihan ini iaitu โ€œCentre Fireโ€ untuk individu, dan โ€œFalling Plateโ€ bagi acara berkumpulan. Dalam pertandingan tersebut, PPLU telah dinobatkan tempat ke-3 bagi acara individu manakala PANGWILUD 1 telah dinobatkan naib johan acara โ€œgrouping falling plateโ€.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar yang turut hadir menyertai latihan tersebut.