KUALA LUMPUR, 7 Mei 24 β Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Masro bin Kaliwon TUDM telah membuat lawatan ke beberapa Booth di DSA dan menerima dua kunjungan hormat daripada delegasi luar negara iaitu Maj Gen Michele Oballa Chief of Logistic Command-Italian Air force dan Brig Gen Stephan Knobloch Deputy Chief of Air Staff for Air Force Logistic Support-German Air Force Headquartes di Booth TUDM.
Kunjungan hormat ini adalah bersempena dengan pameran dan persidangan Defence Service Asia (DSA) & National Security Asia (NATSEC ASIA) 2024 dari 6-9 Mei 2024 bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.