π’π„πŒπˆππ€π‘ πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀: 𝐔𝐒𝐔𝐋 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐂𝐀𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 πƒπ€π‹π€πŒ πŒπ„πŒππ„π‘π“πˆππ†πŠπ€π“ πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 πŒπ„π‹π€π‹π”πˆ π“π€π“π€πŠπ„π‹πŽπ‹π€ π˜π€ππ† π‚π„πŠπ€π 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 π‘π€πŠπ€π π’π“π‘π€π“π„π†πˆπŠ π˜π€ππ† πƒπˆππ„π‘π‚π€π˜π€πˆ

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12
13 14 15

 

KUALA LUMPUR, 7 Mei 24 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato Sri’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menghadiri Seminar Keselamatan Antarabangsa yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur bersempena DSA & NATSEC Asia 2024.

Seminar strategik ini telah menampilkan topik perbincangan berkenaan β€œEnhancing National Security through Good Governance and Credible Partnership: Opportunities and Challenges.” Ini merupakan kerjasama antara Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Perkhidmatan Pertahanan Asia 2024. Program ini bertujuan menyatukan para pemimpin global dan pakar dalam mentadbir urus pertahanan dan keselamatan negara.

Seminar ini turut menitikberatkan hubungan kritikal antara tadbir urus, keselamatan dan perkongsian, serta menjelaskan bagaimana elemen ini secara kolektif menyumbang kepada persekitaran global yang lebih selamat dan stabil.

Antara matlamat utama termasuklah memupuk pemahaman yang komprehensif serta mengenal pasti strategi yang boleh dilaksanakan yang akan mengukuhkan hubungan antara tadbir urus yang baik, perkongsian yang boleh dipercayai dan keselamatan negara, yang akan menetapkan asas untuk keamanan dan pembangunan yang berkekalan.

Pembentang utama dalam seminar ini adalah Yang Berhormat Lord Timothy Minto, Menteri Pertahanan United Kingdom di samping pembentangan dari Malaysia iaitu Profesor Ruhanas Harun dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Profesor Dr Hideshi Tokuchi, Presiden Research Institute for Peace and Security (RIPS), Jepun. Moderator bagi seminar ini ialah Profesor Dr. Adam Leong Kok Wey, Pengarah Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa (CDiSS), UPNM.

Terdahulu, Menteri Pertahanan Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin turut hadir menyampaikan ucaptama kepada peserta-peserta seminar dari dalam dan luar negara yang hadir.