MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KOMANDAN INSTITUT LATIHAN PENGURUSAN RUANG ANGKASA (INSPRA)

ESC 7468 ESC 7471 ESC 7481
ESC 7485 ESC 7489 ESC 7499

 

KUANTAN, 5 Jan 24 - Ketua Staf Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara, Brig Jen Abdul Halim bin Othman TUDM telah menyaksikan Upacara Serah Terima Tugas Komandan Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) di antara Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM dengan Kol Mohammed Firdauz bin Hj Osman TUDM bertempat di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat (SBM), INSPRA.

Sebagai simbolik upacara ini, telah berlangsung sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Serah Terima Tugas dan Tongkat Kuasa Komandan INSPRA di antara kedua-dua pegawai kanan tersebut.

Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM telah bertugas sebagai Komandan INSPRA selama 2 tahun bermula Januari 2022 sehingga Januari 2024. Kini beliau telah diberikan kepercayaan oleh pihak atasan TUDM untuk meneruskan pengajian di Maktab Ketahanan Nasional (MKN) PUSPAHANAS bermula pada 2 Jan 2024.

ESC 7505 ESC 7512 ESC 7531
ESC 7579 ESC 7615 ESC 7624

 

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM di atas segala jasa, idea, sumbangan dan bakti yang dicurahkan sepanjang menjawat jawatan sebagai Komandan INSPRA. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada Kol Mohammed Firdauz bin Hj Osman TUDM di atas pelantikan sebagai Komandan INSPRA yang baharu. Semoga dengan pertukaran kepimpinan baru ini dapat membawa INSPRA ke arah kecemerlangan di peringkat perkhidmatan dan ATM.

Turut hadir menyaksikan upacara ini adalah Komander Pangkalan Udara Kuantan, Brigadier Jeneral Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM, Ketua-Ketua Sekolah dan Ketua Bahagian serta warga INSPRA.

Di akhiri majlis, turut diadakan sesi bergambar serta acara simbolik Send-off Street Lining sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kepada mantan Komandan INSPRA.