LABUAN, 11 Jan 25 - Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Junairi bin Baharom TUDM bersama delegasi telah mengadakan lawatan kerja di Pangkalan Udara Labuan yang merupakan lawatan ulung beliau bagi tahun 2025.
Ketibaan AKS Tadbir bersama delegasi telah disambut oleh Ketua Cawangan Tadbir, Mej Asrul Faizal bin Rahim Omar TUDM. Dalam rangka lawatan kerja ini, telah diadakan Mesyuarat Prestasi Penswastaan Perkhidmatan Katering (PPK) ATM yang dipengerusikan oleh AKS Tadbir.
Lawatan diteruskan dengan lawatan AKS Tadbir ke Markas Pangkalan bagi Mesyuarat AKS Tadbir bersama Ketua Cawangan Tadbir Zon Borneo Siri 1/2025. Lawatan kerja ini menunjukkan komitmen TUDM untuk memastikan pengurusan dan tadbir urus di setiap Pangkalan Udara sentiasa berada pada tahap yang baik.