πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„ππ„π‘πˆπŒπ€π€π 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 πƒπŽπ€ π’π„π‹π€πŒπ€π“ ππ€π†πˆ ππ„ππ†πŽππ„π‘π€π’πˆπ€π 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐖𝐀𝐓 π€π–πŸπŸ‘πŸ— πƒπˆ ππ€ππ†πŠπ€π‹π€π 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 πŠπ”π‚π‡πˆππ†

WhatsApp Image 2024 12 23 at 22456 PM WhatsApp Image 2024 12 23 at 22457 PM WhatsApp Image 2024 12 23 at 22456 PM 1
WhatsApp Image 2024 12 23 at 22454 PM WhatsApp Image 2024 12 23 at 22454 PM 1

 

KUCHING, 2 Dis 2024 – Komander Pangkalan Udara Kuching, Kol Yusrizal bin Zain TUDM telah hadir ke Majlis Penerimaan Pesawat AW139 di PU Kuching yang telah berlangsung di Hangar No 7 Skuadron, PU Kuching.

Pesawat pertama AW139 (M104-06) telah diterbangkan oleh Juruterbang Weststar Aviation Services Sdn. Bhd. (WASSB),Capt Anuar bin Sungkanah bersama Pegawai Eksekutif No 3 Skuadron, Mej Mohd Izzat bin Zakaria TUDM serta Ketua Kuartermaster Udara No 3 Skuadron, PW U I Hong Kim Soon. Pesawat ini ditempatkan di Detasmen No 3 Skuadron, PU Kuching yang akan melaksanakan tugasan operasi, eksesais dan latihan di Malaysia Timur.

Penambahan empat (4) pesawat yang baru dalam inventori TUDM ini adalah merupakan kesinambungan projek sewaan helikopter utiliti menggunapakai konsep Government Operate, Company Own and Maintain (GOCOM) sepertimana yang telah dilaksanakan di No 3 Skn, PU Butterworth.

Penugasan yang akan dilaksanakan oleh Detasmen No 3 Skuadron adalah VVIP / VIP Flight, Air Logistic Support and Resupply Flight, Military and Civil Communication Flight, Helicopter Insertion Extraction (HIE), Freefall, Medical Evacuation (MEDEVAC), Casualty Evacuation (CASEVAC), Body Evacuation (BODEVAC), Humanitarian and Disaster Relief (HADR), dan Deck Landing.

Turut diadakan semasa menyambut ketibaan pesawat adalah Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat oleh pihak pangkalan dan warga Detasmen No 3 Skuadron bagi memohon keredhaan Allah S.W.T, keselamatan ketika penerbangan dan kesiapsiagaan ketika melaksanakan tugasan operasi dan latihan di Wilayah Udara 2 kelak.

Turut hadir semasa majlis tersebut adalah Lt Kol Siti Solehah TUDM, Pegawai Memerintah No 3 Skn, Mej Ahmad Syazwan bin Mohamed TUDM, Pegawai Memerintah No 1 Skn, Lt Kol Ali bin Mohamad TUDM, Ketua Cawang Tadbir PU Kuching, Lt Kol Murad bin Mahmud TUDM, Ketua Cawang Operasi PU Kuching, Lt Kol Zulkifli bin Che Ani, Ketua Cawang Material PU Kuching dan Capt Mohd Nazri bin Marzuke, Government Project General Manager WASSB.