ππ„π‘π‰π”πŒππ€π€π πŠπŽπŒπ€ππƒπ„π‘ ππ€ππ†πŠπ€π‹π€π ππ„π‘π’π€πŒπ€ ππ„π†π€π–π€πˆ π“πˆπƒπ€πŠ π“π€π”π‹πˆπ€π‡ 𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 (𝐏𝐓𝐓𝐑) ππ€ππ†πŠπ€π‹π€π 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 𝐒𝐔𝐁𝐀𝐍𝐆

1 2
3 4

 

SUBANG, 8 Okt 24 – Bertempat di Dewan Makan Wisma Ahli Udara, Pangkalan Udara Subang telah diadakan perjumpaan Komander Pangkalan bersama Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR) dari Pangkalan Udara Subang. Perjumpaan ini pertama kali diadakan adalah untuk menzahirkan aspirasi Komander Pangkalan serta amanat dengan secara terus kepada semua PTTR Pangkalan.

Di dalam ucapan yang disampaikan, Komander Pangkalan telah mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada semua atas semua kejayaan dan pencapaian yang berjaya dicapai oleh Pangkalan Udara Subang sepanjang di bawah tampuk pemerintahan beliau. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua di atas penglibatan dalam menjayakan beberapa aktiviti dan lawatan di Pangkalan Udara Subang.

Selain itu, Komander Pangkalan juga turut mengingatkan agar setiap PTTR Pangkalan untuk mempunyai tahap disiplin yang tinggi pada sebilang masa dan menyatakan bahawa tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku tatatertib dan pelanggaran disiplin yang dilakukan oleh semua pihak.