ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π π’π€π˜π„πŒππ€π‘π€ πƒπ„πŠπ‹π€πŒπ€π’πˆ ππ”πˆπ’πˆ πŠπ„πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€π€π ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ€π‹πˆ πŠπ„-πŸ‘πŸ– πŸπŸŽπŸπŸ’

1 2 3
4 6 5
7 8 9

 

KLANG, 29 Ogos 24 - Tahniah diucapkan kepada LU I Abdullah bin Rosli yang mendapat tempat ke-5 daripada 17 wakil johan negeri, wilayah, ATM dan PDRM bagi Pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan Kali Ke-38 2024 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) di Hotel Wyndham Acmar.

LU I Abdullah yang mempertaruhkan karya Norazimah Abu Bakar yang bertajuk β€œUsah Disembunyi Mentari Menyinar” bagi mawakili ATM setelah dinobatkan sebagai Juara Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Kali Ke-38 Peringkat ATM 2024 melalui puisi β€œPotret Silam Di Muzium Bangsa” pada 6 Ogos lalu di Auditorium Binari, KEMENTAH, KL.

LU I Abdullah telah berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM500, piala pusingan serta sijil penyertaan. Pencapaian LU I Abdullah adalah satu pencapaian yang amat membanggakan ATM. Semoga pencapaian ini menjadi pendokong semangat untuk semua anggota ATM agar lebih bersinar demi agama, bangsa dan negara.