GONG KEDAK, 23 Ogos 24 β Pemeriksaan Pertandingan Best Quarters of The Year (BQTY) peringkat TUDM bagi tahun 2024 telah dilaksanakan di Rumah Kediaman Angkatan Tentera (RKAT) di Pangkalan Udara Gong Kedak. Ketibaan Tim Pemeriksa yang diketuai oleh Lt Kol Badrul Hisyam bin Mohd Noor TUDM telah disambut oleh Ketua Cawangan Tadbir, Lt Kol Ts. Mizi bin Hussin TUDM yang mewakili Komander Pangkalan dan barisan Eksekutif pangkalan. Tim Pemeriksa adalah terdiri daripada pegawai kanan dari MPOU, MPPLU, MPBU, MAWILUD 1, MAWILUD dan MTU-P&P.
Selepas menandatangani buku lawatan, Tim Pemeriksa telah terlebih dahulu memberi taklimat ringkas mengenai skema permarkahan pertandingan dan perancangan pemeriksaan di Bilik Mesyuarat Pangkalan. Seterusnya, Tim Pemeriksa di pecahkan kepada dua iaitu pemeriksaan dokumen di Pejabat Perumahan Pangkalan dan pemeriksaan RKAT. Semasa ketibaan Tim Pemeriksa di RKAT, mereka telah menyaksikan persembahan tarian daripada anak murid Tabika KEMAS pangkalan sebagai gimik keharmornian dan kesejahteraan penghuni RKAT PU GK. Selesai persembahan tersebut, Tim Pemeriksa telah membuat pemeriksaan secara terperinci mengikut skema pemarkahan yang meliputi penilaian kebersihan, keceriaan, keselamatan dan senggaraan RKAT.
Secara amnya, semua blok RKAT PU GK telah melaksanakan persiapan yang sangat baik bagi menerima pemeriksaan oleh Tim Pemeriksa. Semua penghuni telah menunjukkan sikap kerjasama dan memberikan komitmen yang sangat baik untuk memastikan blok masing-masing berada dalam keadaan lebih kondusif, selamat, ceria dan selesa. Semoga RKAT PU GK boleh diiktiraf sebagai RKAT terbaik TUDM.
Tim Pemeriksa telah selesai membuat pemeriksaan pada jam 1030 pagi dan telah memberikan maklumbalas pemeriksaan kepada penghuni RKAT yang terlibat. Seterusnya, semua Tim Pemeriksa, barisan Eksekutif Pangkalan bergerak ke Blok F8 untuk makan tengahari sebelum bergerak pulang pada jam 12 tengahari. Terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan pemeriksaan RKAT PU GK dan semua penghuni diharapkan dapat mengekalkan keceriaan, kebersihan dan keselamatan blok masing-masing sehingga pemeriksaan pada tahun hadapan.