π„πŠπ’π„π’π€πˆπ’ 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 π’π‡π€πŠπ“πˆ πŸπŸŽπŸπŸ’ π“πŽππ‰πŽπ‹πŠπ€π 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 ππ‘πŽπ…π„π’π’πˆπŽππ€π‹ πŠπ„π“π„ππ“π„π‘π€π€π π‘πŒπ€π… & πˆπ€π…

WhatsApp Image 2024 08 09 at 152923 WhatsApp Image 2024 08 09 at 152922 4 WhatsApp Image 2024 08 09 at 152922 3
WhatsApp Image 2024 08 09 at 152922 2 WhatsApp Image 2024 08 09 at 152922 1 WhatsApp Image 2024 08 09 at 152920 3
WhatsApp Image 2024 08 09 at 152921 2 WhatsApp Image 2024 08 09 at 152921 WhatsApp Image 2024 08 09 at 152922
WhatsApp Image 2024 08 09 at 152921 3 WhatsApp Image 2024 08 09 at 152920 1 WhatsApp Image 2024 08 09 at 152920 2

 

KUANTAN, 9 Ogos 24 - Eksesais Udara Shakti 2024 (US 24) telah melabuhkan tirainya hari ini setelah berlangsung selama empat (4) hari bermula 5 hingga 9 Ogos 2024 bertempat di Pangkalan Udara Kuantan.

Pelaksanaan eksesais bersama ini adalah bertujuan bagi mengukuhkan hubungan profesional ketenteraan di antara TUDM dan IAF dengan pelaksanaan 'Field Training Exercises' (FTX) serta 'Subject Matter Expert Exchange' (SMEE).

Eksesais pada kali ini telah melibatkan lebih 200 orang peserta daripada TUDM dan IAF serta tiga (3) buah pesawat Sukhoi-30MKM dan enam (6) buah pesawat Sukhoi-30MKI.

Majlis Penutup Eksesais Udara Shakti 24 telah disempurnakan oleh Pengarah Eksesais (EXDIR), Kol Abdul Rahim bin Jusoh TUDM. Dalam ucapan, beliau menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua perserta eksesais kerana telah pun mempamerkan sikap profesional yang tinggi dan memberikan komitmen penuh dalam memastikan kejayaan melaksanakan eksesais ini. Selain itu, beliau juga berharap dengan perkongsian ilmu serta pengalaman yang diperolehi sepanjang ekesais ini dapat dipraktikkan sebilang masa dalam pelaksanaan operasi-operasi akan datang.

Group Captain Ajay Rathi yang mewakili delegasi IAF turut menyampaikan ucapan dan menzahirkan penghargaan kepada TUDM di atas sambutan yang diberikan sepanjang berada di Malaysia serta beliau merasa kagum terhadap tahap profesional yang ditunjukkan oleh pasukan TUDM dalam pengendalian Operasi dan Pengurusan Eksesais. Perkara ini juga akan menjadi "key takeaway" kepada beliau sebagai suatu nilai tambah untuk pelaksanaan operasi dan eksesais bersama kelak.

Turut hadir pada majlis penutup adalah Col Sukumaran Praveen, Defence Advisor High Commission of India serta Pegawai-pegawai Eksekutif Pangkalan Udara Kuantan.