KUALA LUMPUR, 19 Jul 24 - Markas Tentera Udara- Bahagian Materiel telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Belanjawan yang diadakan di Pejabat SISMAT, Wisma Pertahanan hari ini.
Dalam majlis ini berlangsung serah terima tugas di antara Kol Omar Zai bin Abas TUDM dengan Kol Jasmi bin Che Ismail TUDM yang disaksikan oleh AKS Materiel, Brig Jen Nor Azmi bin Abdul Rahman TUDM.
Jawatan Pengarah Belanjawan dipangku oleh Kol Jasmi bin Che Ismail TUDM, Pengarah Materiel disebabkan oleh Kol Omar Zai bin Abas TUDM akan menghadiri kursus di Lembaga Ketahanan Nasional (LEMHANNAS), Jakarta, Indonesia bermula 22 Jul 24 sehingga 2 Sep 25.
Dalam majlis serba ringkas ini, AKS Materiel juga berbesar hati untuk menyampaikan amanat kepada pegawai terlibat dan mengucapkan tahniah kepada Kol Omar Zai bin Abas TUDM kerana beliau merupakan pegawai Materiel pertama yang diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan TUDM untuk mengikuti kursus tersebut.
Seluruh warga Materiel khususnya dan TUDM amnya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat Kol Omar Zai bin Abas TUDM atas segala sumbangan dan jasa bakti yang telah dicurahkan sepanjang memegang jawatan sebagai Pengarah Belanjawan.