GONG KEDAK, 4 Jun 24 - Pangkalan Udara Gong Kedak dengan kerjasama Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan telah berjaya melaksanakan program derma darah dan pameran kesihatan di Dewan Puteri, PUGK. Program ini merupakan inisiatif pihak Pangkalan bersama HUSM Sempena Hari Ulang tahun TUDM dalam membantu mereka menangani masalah kekurangan bekalan darah berikutan peningkatan kes yang memerlukan rawatan transfusi darah setiap tahun. Manakala pameran diadakan bagi memupuk kesedaran, pendedahan dan pengetahuan betapa pentingnya keselamatan, kesihatan diri dan menguruskan emosi diri semasa melaksanakan tugas serta kehidupan seharian.
Program Derma Darah dan pameran kesihatan ini melibatkan 19 orang kakitangan Jabatan Tabung Darah HUSM dan 41 orang kakitangan HUSM yang terlibat dengan pameran kesihatan. Pihak HUSM juga turut dibantu oleh seorang Pegawai Perubatan dan 8 Anggota LLP RSAT Pangkalan.
Pameran kesihatan yang dibuat adalah pameran berhenti merokok, maklumat berkaitan diabetes dan pemeriksaan kesihatan serta rehabilitasi percuma. Pihak Tabung Darah HUSM, Kubang Kerian Kelantan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak TUDM amnya serta PU GK khasnya terhadap sikap keprihatinan dan tanggungjawab terhadap masyarakat. Acara seperti ini dilaksanakan setiap tahun bagi membantu perkhidmatan transfusi darah HUSM di samping mengeratkan kerjasama dan hubungan dua hala kedua dua pihak.