KUANTAN, 14 Mei 24 - Satu Lawatan Kerja Rasmi oleh Kementerian Kewangan Malaysia telah dilaksanakan di Pangkalan Udara Kuantan yang terdiri daripada delegasi Kementerian Kewangan dan wakil daripada setiap perkhidmatan iaitu Markas Tentera Darat serta Markas Tentera Laut.
Turut hadir bersama adalah Setiausaha Bahagian Pengurusan Aset Awam, En Alan bin Abdul Rahim; Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, KEMENTAH, En Mohd Shahrizal bin Mohd Nor dan Pengarah Belanjawan, Kol Omar Zai bin Abas TUDM.
Lawatan ini telah dimulakan dengan Mesyuarat Perancangan Pelupusan Aset Alih Keselamatan dan Pertahanan yang dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Pergerakan Udara.
Mesyuarat ini telah diusulkan dengan isu-isu yang berbangkit berkaitan perancangan pelupusan aset strategik di antara ketiga-tiga perkhidmatan ATM iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama Kementerian Kewangan dan Bahagian Khidmat Pengurusan, KEMENTAH.
Seterusnya, delegasi telah dibawa melawat ke Hangar No 17 Skn dan disambut oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM. Komander Pangkalan telah menyampaikan cenderahati kepada Setiausaha Bahagian Pengurusan Aset Awam, Kementerian Kewangan dan Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, KEMENTAH semasa sesi lawatan di Hangar No 17 Skn.