π‚πŽππ‚π„ππ“ πƒπ„π•π„π‹πŽππŒπ„ππ“ π‚πŽππ…π„π‘π„ππ‚π„ (𝐂𝐃𝐂) π„πŠπ’π„π’π€πˆπ’ 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 π’π‡π€πŠπ“πˆ π’πˆπ‘πˆ πŸ’/πŸπŸ’

WhatsApp Image 2024 04 29 at 124309 PM WhatsApp Image 2024 04 29 at 124310 PM WhatsApp Image 2024 04 29 at 124310 PM 1

 

KUANTAN, 27 Apr 24 - Concept Development Conference (CDC) Eksesais Udara Shakti Siri 4/24 telah diadakan pada 25 hingga 27 Apr 24 bertempat di Pangkalan Udara Kuantan bagi membincangkan penganjuran Eksesais Udara Shakti Siri 4/24 yang bakal berlangsung pada 5-9 Ogos tahun ini.

Eksesais ini akan melibatkan pesawat pejuang SU-30MKM TUDM dan SU-30MKI dari Tentera Udara India (IAF) yang akan membuat perhentian di Malaysia dalam perjalanan pulang ke India dari Eksesais Pitch Black 2024 di Australia. CDC ini telah dihadiri oleh 3 pegawai kanan masing-masing 1 daripada Kedutaan India dan 2 wakil daripada No 106 Skn dan No 31 Skn.

CDC yang dipengerusikan bersama oleh AKS A7 MPOU, Kol Hasfa Nyzam b Abdul Hamid TUDM dan Pegawai Memerintah 106 Skn IAF, Gp Captain Naveen Kumar Tiwari telah berjaya mencapai persetujuan awal dalam aspek perancangan pelaksanaan operasi penerbangan, keperluan bantuan logistik dan SMEE. Diharap dengan penganjuran Eksesais Udara Shakti ini akan dapat mengeratkan hubungan dua hala khususnya dalam aspek ketenteraan di antara TUDM dan IAF.