πŠπ”πŒππ”π‹π€π π“πˆπŒ 𝐓𝐇𝐄 π„π—π„π‚π”π“πˆπ•π„ πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ 𝐍𝐎 𝟐 π’πŠπ”π€πƒπ‘πŽπ ππ„π‘π‰π€π˜π€ πŒπ„π‹π€πŠπ’π€ππ€πŠπ€π ππ‘πŽπ‰π„πŠ πˆππŽπ•π€π’πˆ π…π‹πŽπŽπƒ πŒπŽππˆπ“πŽπ‘πˆππ† π’π˜π’π“π„πŒ "𝐅π₯𝐨-πŒπ¨π’"

1 2 3
4 5

 

Tim The Executive daripada No 2 Skuadron, Pangkalan Udara Subang yang diketuai oleh Kapt Muhammad Ikmal bin Zulkifly TUDM dan dibantu oleh Ahli Kumpulan yang lain telah melaksanakan satu lawatan tapak di Bukit Lanchong (Kawasan Hotspot Banjir) bersama pihak Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan orang Kampung Bukit Lanchong bagi melaksanakan demonstrasi penggunaan projek Flood Monitoring System (Flo-MoS).

Projek ini merupakan satu alat pengesan paras ketinggian air dan menghantar notifikasi kepada pengguna melalui Aplikasi Blynk di telefon pintar jika paras air sampai ke paras kritikal. Selain itu, alat ini juga dilengkapi dengan Surveillance Camera yang berfungsi sebagai alat pemantauan secara langsung keadaan paras air semasa. Alat ini dapat memberi amaran awal banjir kepada masyarakat sekeliling dan juga boleh digunakan oleh agensi kerajaan yang terlibat dalam pengurusan banjir agar bantuan segera kepada masyarakat dapat diberikan.

Tujuan Projek Flo-MoS ini merupakan antara usaha untuk membendung isu bantuan lambat ketika banjir berlaku dan memastikan sistem penyampaian maklumat lebih cepat dan efisien. Projek ini bersedia untuk menyertai pertandingan Inovasi diperingkat TUDM Tahun 2024. Perjumpaan ini juga turut mendapat sokongan dan dibantu oleh Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 7, Encik Mohd Tarmizi bin Lazim dalam memastikan demonstrasi ini berjalan dengan lancar.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Tim The Executive dari No 2 Skuadron atas usaha dan inisiatif yang dilaksanakan. Semoga projek ini mampu membantu masyarakat di luar sana ketika menghadapi musim banjir.