WARGA TUDM TURUT MEMERIAHKAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA (HSN) TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PERTAHANAN

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12
13 14 15

 

KUALA LUMPUR, 14 Okt 23 - Serentak Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2023 di seluruh negara, turut diadakan juga di peringkat Kementerian Pertahanan. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan bertempat di Padang Kawad, Kem KEMENTAH turut dihadiri Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM; Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datuk Seri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM; Panglima Bantuan Udara,Mej Jen Masro bin Kaliwon TUDM; Pegawai-pegawai Kanan TUDM serta anggota TUDM yang bertugas di Kementerian Pertahanan dan Kem KEMENTAH.

Sambutan HSN kali ini telah melibatkan penyertaan seramai lebih kurang 1,300 orang terdiri daripada warga ATM dan kakitangan awam. HSN 2023 merupakan acara tahunan dalam kalendar Malaysia yang dilaksanakan secara serentak bagi meraikan dan mengiktiraf aktiviti sukan, seterusnya menjadikan budaya sukan dan amalan aktiviti kecergasan di kalangan warga pertahanan secara keseluruhannya.

Dua aktiviti dilaksanakan melibatkan aktiviti "indoor" dan "outdoor". Antaranya ialah permainan E-Sport FIFA, catur, batu seremban, congkak, senamrobik, "Fun Run", "Fun Walk" dan lain-lain.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari; Ketua Setiausaha, Datuk Seri Isham bin Ishak; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datoโ€™ Seri Mohammad bin Ab Rahman; panglima-panglima perkhidmatan serta Pegawai-pegawai kanan dan anggota tentera dan awam.