WARGA TUDM TURUT DIRAI DALAM MAJLIS AGIHAN BUBUR LAMBUK KEMENTERIAN PERTAHANAN

277568437 346536440851163 7261074984430415024 n 277563260 346536470851160 9165713143831258261 n 277573966 346536497517824 113704052070855354 n
277560256 346536670851140 1002969234493840013 n 277766146 346536644184476 1590408467463948047 n 277566288 346536707517803 1315411170333983018 n
277464804 346536540851153 8949654981112917721 n 277803776 346536830851124 7946905811462298248 n 277807220 346536574184483 3103690438182361950 n

 

Kuala Lumpur, 7 Apr 22 - Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM turut bersama-sama Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein; Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz; Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM; Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany serta Pengurusan Tertinggi Kementerian Pertahanan menyampaikan sumbangan bubur lambuk kepada warga Kementerian Pertahanan yang diadakan di foyer Wisma Pertahanan.

Warga TUDM yang bertugas di Wisma Pertahanan adalah di kalangan kira-kira 2,000 yang turut diraikan bersama warga Mindef yang lain. Selain bubur lambuk, mereka juga menerima agihan kurma dan "hand sanitizer".

Agihan bubur lambuk adalah amalan yang sering dilaksanakan ketika Ramadan. Ianya adalah sebagai tanda meraikan kedatangan bulan Ramadan yang mulia selain sebagai tanda penghargaan serta turut berkongsi rezeki bersama warga Kementerian Pertahanan.