WARGA KEMENTERIAN PERTAHANAN BERKONGSI REZEKI DENGAN AGIHAN BUBUR LAMBUK

WhatsApp Image 2023 04 03 at 134423 WhatsApp Image 2023 04 03 at 134459 WhatsApp Image 2023 04 03 at 134459 1
WhatsApp Image 2023 04 03 at 134500 WhatsApp Image 2023 04 03 at 134500 1 WhatsApp Image 2023 04 03 at 134501
WhatsApp Image 2023 04 03 at 134501 1 WhatsApp Image 2023 04 03 at 134502 WhatsApp Image 2023 04 03 at 134502 1

 

KUALA LUMPUR, 3 Apr 23 - Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM turut bersama-sama Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan; Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari; Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz serta Pengurusan Tertinggi Kementerian Pertahanan menyampaikan sumbangan bubur lambuk kepada warga Kementerian Pertahanan yang diadakan di foyer Wisma Pertahanan. Sebanyak 2,000 bekas bubur lambuk disumbangkan kali ini melalui Program Ihya Ramadan melalui Majlis Pengagihan Bubur Lambuk melibatkan Kementerian Pertahanan dengan kerjasama Affin Bank.

WhatsApp Image 2023 04 03 at 134503 WhatsApp Image 2023 04 03 at 134503 1 WhatsApp Image 2023 04 03 at 134503 2
WhatsApp Image 2023 04 03 at 134504 WhatsApp Image 2023 04 03 at 134504 1 WhatsApp Image 2023 04 03 at 134505

 

Agihan bubur lambuk adalah amalan yang sering dilaksanakan ketika Ramadan. Ianya adalah sebagai tanda meraikan kedatangan bulan Ramadan yang mulia selain sebagai tanda penghargaan serta turut berkongsi rezeki bersama warga Kementerian Pertahanan.

Warga TUDM yang berkhidmat di Markas Tentera Udara dan di Wisma Pertahanan antara mereka yang menerima agihan bubur lambuk yang disampaikan oleh Panglima Tentera Udara manakala warga ATM dan awam yang lain turut menerima agihan bubur lambuk daripada wakil perkhidmatan masing-masing.