Purtrajaya, 1 Jul 22 - Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah diberi penghormatan menyampaikan ucaptama kepada peserta Kursus Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) Siri 42/2022 bertempat di Auditorium Utama, Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya.
Topik ucaptama yang dibawakan bertajuk “RMAF: Strategy and Capability Development in Dealing with The Present and Foreseeable Geostrategic Environment”. Selesai ucaptama, sesi soal jawab turut diadakan yang membuka peluang kepada para peserta kursus untuk bertanyakan soalan dan mendapat ilmu pengetahuan baru hasil daripada percambahan dan perkongsian idea, ilmu dan pengalaman bersama Panglima Tentera Udara. Ianya juga bertepatan dengan objektif institusi sebagai pusat kecemerlangan nasional dalam kajian pertahanan dan perang bagi membangunkan pegawai tentera yang dapat berinteraksi secara berkesan dengan badan pemerintah, ahli akademik dan cendekiawan dalam aspek yang berkaitan dengan keselamatan dan pertahanan.
Panglima Tentera Udara turut meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra bersama peserta kursus dan barisan jurulatih.