TUDM TERUSKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL PENGHANTARAN PERALATAN KE SABAH DAN SARAWAK BAGI MEMERANGI COVID-19

240215853 228655909305884 8034332010211331169 n 240669385 228656619305813 6478624279737106422 n 240672079 228656352639173 6930296989848147751 n
241192493 228656265972515 8848762600528616964 n 242673834 228656452639163 7683501654145693315 n 243105939 228656202639188 1474725720889586763 n

 

SUBANG, 2 Okt 21 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini meneruskan tanggungjawab sosial bagi bantuan logistik penghantaran peralatan perubatan ke Sabah dan Sarawak melalui penerbangan “logistic communication” bagi membantu kedua-dua negeri berkenaan di dalam usaha memerangi Covid-19. Penerbangan hari ini melibatkan sebuah pesawat angkut C130 H yang membuat dua sortie iaitu penerbangan pada jam 7.00 pagi dan jam 3.00 petang yang berlepas dari Pangkalan Udara Subang ke Kuching serta sebuah pesawat angkut A400M yang berlepas dari Pangkalan Udara Subang ke Kota Kinabalu dan Labuan pada jam 8.00 pagi. Kedua-dua pesawat berkenaan membawa peralatan perubatan dan bekalan ubatan daripada Special Task Force Kesihatan Awam iaitu Greater Klang Valley Special Task Force (GKVSTF). GKVSTF diterajui secara bersama oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Bagi penerbangan hari ini, peralatan perubatan yang dihantar ialah 448 silinder oksigen 40L 6.8m3 atau 28 pellet berserta high flow nasal cannula, heat breathing tube, water chamber dan lain-lain peralatan perubatan telah dihantar ke Jabatan Kesihatan Negeri Sabah manakala Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak menerima sebanyak 400 silinder oksigen dengan kapasiti yang sama.

Semoga usaha bersepadu di antara semua pihak akan dapat membantu negara bagi menangani situasi kritikal penularan wabak Covid-19 termasuk negeri Sabah dan Sarawak. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua petugas termasuk anak kapal No. 20 Skuadron dan No. 22 Skuadron, anggota TUDM Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang dan anggota TUDM Cabang Pergerakan Udara, Pusat Kawalan Lalu Lintas Bersama (PUKALUB) Kota Kinabalu dan Pangkalan Udara Labuan serta semua pihak yang sentiasa bersiapsiaga melaksanakan tugas dan amanah dengan penuh komited demi kesejahteraan rakyat.

“Sentiasa Di Angkasa Raya”

#MalaysiaPrihatin
#KeluargaMalaysia
#TUDMMampanRuangAngkasaAman