TUDM-RAAF PERKUKUHKAN HUBUNGAN KERJASAMA DUA ANGKATAN UDARA

218065577 4278288815592065 175765961430369961 n 217827742 4278289105592036 7017031392763475156 n 222941857 4278288968925383 1593969197893015756 n
221161222 4278288995592047 4947278640105477921 n 221690680 4278288845592062 3628111900708581560 n

 

KUALA LUMPUR, 2 Ogos 21 - Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM hari ini bersiaran langsung secara maya melalui persidangan video bersama Air Marshal Mel Hupfeld, rakan sejawat beliau dari Royal Australian Air Force (RAAF). Persidangan video selama 30 minit ini turut disertai oleh Penasihat Pertahanan Malaysia di Australia, Kol Nahar Azmi Mahmud bin Ahmad dan Atase Pertahanan Australia di Malaysia, Group Captain Gretchen Fryar.

Jen Tan Sri Ackbal TUDM di dalam perbualannya menyatakan bahawa TUDM menghargai persahabatan dan kerjasama erat di antara kedua angkatan udara yang sedia terjalin di antara TUDM dan RAAF. TUDM turut komited dalam memberikan sokongan kepada warga RAAF di Pangkalan Udara Butterworth disamping memperkasakan strategi perkongsian berwibawa kedua-dua angkatan.

Kedua-dua pemimpin tertinggi Tentera Udara berkenaan turut membincangkan program kerjasama bagi mengukuhan lagi hubungan bilateral di antara TUDM dan RAAF. Antara lain ialah perbincangan berhubung penambahbaikan kerjasama ketenteraan seperti pelaksanaan latihan bersama, pendidikan professional dan latihan ketenteraan serta program pertukaran pegawai. Panglima Tentera Udara turut mengucapkan terima kasih kepada RAAF di atas tawaran latihan dan peluang kursus yang berterusan diberikan kepada TUDM.

Kedua-dua pemimpin turut merakamkan penghargaan di atas komitmen serta persefahaman yang dapat dicapai walaupun berhadapan dengan kekangan akibat pandemik Covid-19, namun tetap tidak menghalang hubungan dua negara dari aspek pengukuhan kerjasama pertahanan di peringkat serantau.