TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA MENGETUAI DELEGASI TUDM BAGI SENIOR OFFICER EXCHANGE PROGRAM (SOEP) ANTARA RMAF-RSAF 2023 DI SINGAPURA

1 2 3
4 5 6

 

Timbalan Panglima Tentera Udara (TPTU), Lt Jen Datuk Seri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah mengetuai delegasi TUDM untuk Senior Officer Exchange Program (SOEP) diantara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) bagi tahun 2023 yang telah dilaksanakan di Singapura bermula dari 25 hingga 27 Sep 23.

SOEP merupakan Program Dua Hala tahunan melibatkan Pegawai Kanan bagi Defence Diplomacy yang dianjurkan secara bergilir di antara TUDM & RSAF. Antara objektif program ini adalah untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama ketenteraan yang telah lama terjalin antara kedua-dua angkatan udara di rantau ini serta menjadi platform bagi bertukar pandangan dan pendapat untuk memastikan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura terus utuh sebagai negara jiran.

Pegawai Kanan TUDM yang turut mengiringi TPTU dalam program ini adalah Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM, Ketua Staf Markas Pemerintahan Pendidikan & Latihan Udara, Brig Jen Abdul Halim bin Othman TUDM dan Komander Air Warfare Centre, Kol Abdul Rahim bin Jusoh TUDM.

Dalam program selama tiga (3) hari ini, TPTU telah melaksanakan kunjungan hormat ke atas Chief of Staff - Air Staff di Mindef Singapore. Dalam kunjungan hormat tersebut, pelbagai perkara telah dibincangkan berkaitan hubungan bilateral ketenteraan melibatkan operasi, eksesais dan latihan antara kedua-dua angkatan udara.

Pada acara kali ini, TPTU dan delegasi juga turut dibawa melawat ke Air Force Training Command (AFTC). Disitu, TPTU telah berpeluang meninjau secara dekat kaedah pelaksanaan latihan dan fasiliti latihan dibawah kelolaan RSAF. Dibawah AFTC terdapat 4 institusi latihan iaitu Flying Training Institute (FTI), Air Warfare Training Institute (AWTI), Air Engineering Training Institute (AETI) dan Training Development Group (TDG). Semasa lawatan tersebut, TPTU & delegasi telah diberikan taklimat oleh Commander AFTC berhubung pelaksanaan latihan oleh AWTI dan AETI serta turut dibawa meninjau fasiliti - fasiliti latihan yang ada seperti Virtual Behavior Trainer.

Dalam memahami sejarah yang berkait rapat dengan Malaysia ketika Perang Dunia ke 2, TPTU dan delegasi TUDM turut dibawa melawat ke beberapa tempat sejarah penting yang berada di Singapura antaranya adalah Fort Siloso yang mana merupakan kubu peninggalan Artileri pertahanan Singapura semasa permulaan Perang Dunia ke 2 dan Reflections di Bukit Chandu yang ditubuhkan bagi meninjau semula sejarah penaklukan Malaya oleh Tentera Jepun dan pengorbanan Rejimen Askar Melayu terutamanya Lt Adnan Saidi di dalam mempertahankan antara kubu pertahanan terakhir di Bukit Chandu.

TPTU dan delegasi TUDM juga telah berkesempatan untuk melawat Air Force Museum. Lawatan ini memberi peluang kepada TPTU dan delegasi TUDM untuk meninjau pentadbiran & susun atur Air Force Museum RSAF bagi mendapatkan idea serta ilham yang boleh diimplementasi dan digunakan bagi menaiktaraf Muzium TUDM.

Program SOEP TUDM-RSAF yang seterusnya akan dilaksanakan pada tahun 2024 di Kuala Lumpur.