SEMINAR FIXED WING AIR MOBILITY & MARITIME FORCE 2021

241195921 231624605675681 685525032838605430 n 241418097 231620732342735 6167781525609870414 n 244436270 231620889009386 2304678130836195461 n
244553777 231620639009411 1207862123079217550 n 240605679 231620965676045 4046222296184129420 n 240599473 231624842342324 2533347826148279980 n
240514234 231620825676059 7936663275067600808 n 240389844 231621055676036 9036017437670481589 n 240655029 231620569009418 7225364367891812636 n

BENTONG , 7 Okt 21 - Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menyempurnakan penutup Seminar Fixed Wing Air Mobility & Maritime Force (FWAMMF) 2021. Terdahulu, beliau turut mengadakan sesi dialog dan juga memberi motivasi serta kata-kata nasihat kepada para peserta FWAMMF.

Seminar yang berlangsung selama tiga hari bermula 4 Oktober lalu telah dirasmikan oleh Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Haji Shamsudin bin Kassim TUDM. Seminar ini telah berjaya mencapai matlamatnya untuk berkongsi pandangan serta pendapat daripada pelbagai lapisan anak kapal pesawat pengangkut sejajar dengan temanya pada kali ini iaitu "Moving Together".

Antara topik-topik yang telah dibincangkan sepanjang seminar adalah Expeditionary Concept in RMAF Main Operating Base and Forward Operating Base-Wayforward and Development, CAP55 Programe Update, MSA And MPA Operational Versatility dan juga China Spratly’s Fortification Overview-Implication for RMAF Maritime Air Operation Capability . Topik-topik tersebut telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta sebagai platform ke arah perancangan hala tuju demi mencapai resolusi bersama.

Sebagai tambahan kepada perbincangan mengenai Air Mobility Force dalam TUDM, turut dibincangkan adalah berkenaan perolehan masa hadapan yang berfokuskan kepada Pembangunan Sumber Manusia yang pada dasarnya bertujuan sebagai transformasi anak kapal pesawat pengangkut selari dengan perancangan TUDM di dalam Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 atau lebih dikenali RMAF CAP55.