SEMBILAN PEGAWAI KANAN TUDM DINAIKKAN PANGKAT LEFTENAN KOLONEL TUDM

194079931 4151547401599541 5114071368570542842 n 194642657 4151547044932910 2874336629980305352 n 196291319 4151547428266205 7854131800704595451 n
196326779 4151547214932893 8651536687983593229 n 196625094 4151547578266190 2627391396249939766 n 196716200 4151547338266214 6594454410404336814 n
196816994 4151547308266217 3426018699281252236 n 197385743 4151547061599575 1616047163396568724 n 198099630 4151547251599556 6375487697946805780 n

 

KUALA LUMPUR, 18 Jun 2021 – Seramai sembilan (9) pegawai kanan TUDM telah dinaikkan pangkat yang disempurnakan pemakaian pangkat oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM bertempat di Eagle Nest, Markas Tentera Udara.

Kesembilan Pegawai Kanan TUDM yang semuanya dinaikkan pangkat ke pangkat Pemangku Leftenan Kolonel TUDM pada hari ini adalah:

1. Mej Ahmad Shahir bin Hj Abdul Malek TUDM yang akan memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah PLTT Angkut, Pangkalan Udara Subang,

2. Mej Richard a/l Bizikumarin TUDM yang akan memegang jawatan PS 1 Kurikulum di Markas Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU),

3. Mej Syaiful Nizam bin Mohd Aris TUDM yang akan memegang jawatan sebagai PS 1 Senjata di MTU-Kejuruteraan,

4. Mej Jauhari @ Joe bin Kardy TUDM yang akan memegang jawatan sebagai PS 1 Teknologi Maklumat di MTU-Komlek,

5. Mej Monarizzal bin Mokhtar TUDM yang akan memegang jawatan sebagai Ketua Cawang Materiel di Akademi Tentera Udara, Ipoh,

6. Mej Wan Sulaiman bin Wan Hamat TUDM yang akan memegang jawatan sebagai PS 1 Perjawatan di MTU-Bahagian Sumber Manusia,

7. Mej Ahmad Azam bin Soip TUDM yang akan memegang jawatan sebagai PS 1 Mahkamah Tentera di MTU-Perundangan,

8. Mej Norhadi bin Abdullah TUDM yang akan memegang jawatan sebagai PS 1 Urus LLP di MTU-Bahagian Sumber Manusia dan

9. Mej Nazaruddin bin Ahmad TUDM yang akan memegang jawatan sebagai PS 1 Perisikan Siber di MTU-RISUD.

Pemakaian pangkat ini turut disaksikan bersama oleh Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM; Panglima Bantuan Udara, Lt Jen Dato’ Muhamad Norazlan bin Aris TUDM dan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mej Jen Mohd Shahada bin Ismail TUDM.

Seluruh warga TUDM mengucapkan tahniah kepada pegawai kanan TUDM yang telah dinaikkan pangkat hasil komitmen dan dedikasi kerja yang telah dilaksanakan. Ia juga sebagai pengiktirafan dan kepercayaan pucuk pimpinan tertinggi TUDM khususnya dan ATM amnya bagi menggalas tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan di samping menjadi sumber motivasi dan inspirasi kepada para pegawai yang lain.