SEMBAH MENGADAP KE ATAS DYMM YANG DI -PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN OLEH PANGLIMA PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA BERSAMA KOMANDER PANGKALAN UDARA SENDAYAN

SEN 4654 SEN 4672
SEN 4680 SEN 4659

 

SEREMBAN 2 Mac 22- Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (PPLU), Mej Jen Dato’ Mohd Shahada bin Ismail TUDM dan Komander Pangkalan Udara Sendayan, Kol Hj Ahmad bin Yusof TUDM telah melaksanakan sembah mengadap ke atas DYMM Yang di -Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Hinggap Seremban, Negeri Sembilan.

Sembah mengadap ini turut dihadiri oleh Pengarah Latihan MPPLU, Kol Ben Khedda Adnan bin Mohd Yussof TUDM; Pengarah Latihan MPPLU, Lt Kol Rashidi bin Ithnin TUDM; Lt Kol Mohd Zaki bin Hj Mohd Noor TUDM selaku wakil staf dari Markas Tentera Udara dan Ajutan Pangkalan, Kapt Abu Huzaifah bin Mohammad TUDM.
Semasa acara sembah mengadap berlangsung, PPLU telah memaklumkan kepada DYMM Tuanku berhubung peranan MPPLU dan PU Sendayan sebagai sebuah institusi latihan bersepadu dengan kelengkapan infrastuktur yang lebih baik serta lengkap untuk melaksanakan kursus-kursus kerjaya pegawai dan anggota LLP TUDM. Buat masa ini terdapat tiga (3) institusi latihan iaitu; Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), Institut Kepimpinan dan Pengurusan (INSKEP), Institut Kepakaran Kejuruteraan (IKK).

Selain dari itu DYMM Tuanku juga dimaklumkan bahawa selain dari MPPLU terdapat juga beberapa unit lojer TUDM yang ditempatkan di PU Sendayan iaitu; Markas Pasukan Simpanan Tentera Udara, Cawangan Perundangan, Cawangan Provos Marsyal, Seksyen Pembangunan Sukan (SPS), Muzium TUDM dan Joint Airspace Management and Coordination Centre (JMCC), Sepang. PU Sendayan juga terlibat dengan Ops PENAWAR membantu Tentera Darat melalui Markas 1 Briged dalam melaksanakan Sekatan Jalan Raya (SJR) di Daerah Seremban dan sebagai salah satu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Negeri Sembilan.

Di akhir acara sembah mengadap, DYMM Tuanku telah perkenan menerima cendera kenangan yang dipersembahkan oleh PPLU dan Komander PU Sendayan.