PESAWAT PC-7 MKII (M50-02) SELESAI PELAKSANAAN PROGRAM TSSR FASA 1 MULA BEROPERASI

350792713 213138421533850 592548252569700861 n 350141442 180740794631066 2745539292724090574 n 350683202 207302025513042 1113493036042896293 n
4 5 6
7 8 9

 

ALOR SETAR, 30 Mei 23 – Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato' Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM mewakili Panglima Tentera Udara telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Pesawat PC-7 MkII (M50-02) Baseline Aircraft bagi Program Technical Services for Structural Reworks (TSSR) Phase 1 yang diadakan di Hangar Institut Latihan Instruktur TUDM (ILIT), Kolej Tentera Udara (KTU), Alor Setar.

Program TSSR bagi pesawat PC-7 Mk II milik TUDM adalah khidmat teknikal yang dicadangkan oleh pihak OEM iaitu Pilatus Aircraft Ltd bagi menyelesaikan masalah pengaratan pada struktur utama pesawat. Kaedah yang digunakan adalah dengan menukarkan keseluruhan airframe pesawat (fuselage dan wing) kepada material yang lebih tahan kepada pengaratan. Program ini telah bermula pada 18 Jun 2022 dan dijangka akan tamat pada Mei 2027.

TSSR dibahagikan kepada dua fasa. Fasa 1 adalah pelaksanaan “prototype” atau “baseline aircraft” di fasiliti OEM di Switzerland. Fasa 2 adalah pelaksanaan Program TSSR di fasiliti TUDM di KTU yang akan melibatkan Pesawat PC-7 MkII.

10 11 12
13 14 15

 

Bagi pelaksanaan Fasa 1, TUDM telah menghantar RMAF Maintenance Team yang diketuai oleh Mejar Ir. Wan Mohd Amin bin Wan Shuib TUDM bersama-sama tiga (3) anggota juruteknik iaitu F/Sjn Mohd Amirul Hafizzee bin Omar, Sjn U Mohamad Eri Hafifi bin Inchik Omar dan Kpl U Amirul Farhan Iswadi bin Yaacob untuk mempelajari kaedah pelaksanaan “Modification Order” bersama OEM. Tempoh masa “On Job Training” ini adalah selama enam (6) bulan iaitu bermula Jun hingga Disember 2022.

Pesawat M50-02 telah berjaya melaksanakan penerbangan pertama pada 2 Disember 2022 di ruang udara Switzerland setelah kerja-kerja “Modification Order” dilaksanakan. Setelah siap kerja-kerja pemasangan selepas penerimaan pesawat di KTU pada 15 Mac 23 oleh Tim Kejuruteraan TUDM dengan bantuan dua (2) Field Service Engineer (FSE) Pilatus, pihak Directorate General Technical Airworthiness (DGTA) telah melaksanakan audit verifikasi pembaharuan Special Flight Permit (SFP) pada 1 hingga 4 Mei 2023 dan mengeluarkan SFP bagi pesawat M50-02 bermula 8 Mei 2023 hingga 7 November 2023.

Lt Kol Mohd Norazan bin Othman TUDM selaku Flight Test Pilot telah dilantik sebagai Ketua Team Final Acceptance Test (FAT) bagi memastikan pesawat tersebut memenuhi Statement of Work (SoW) yang ditetapkan dan “Form, Fit and Function” serta “airworthy” untuk diterbangkan semula. Penerbangan pertama di ruang udara Malaysia iaitu FAT telah berjaya dilaksanakan pada 10 Mei 2023 oleh Lt Kol Mohd Norazan bin Othman TUDM dan dibantu oleh Mej Timhar bin Naufal TUDM dari ILIT sebagai juruterbang kedua. Pesawat M50-02 telah mula melaksanakan latihan penerbangan bermula pada 13 Mei 2023 dan sehingga hari ini, sebanyak 13.46 jam penerbangan telah direkodkan.

16 17 18
19 20 21

 

Mr. Guido Anto Flury selaku wakil dari PAL telah memberi ucapan tahniah dan syabas kepada TUDM amnya dan TSSR-Phase 1 RMAF Maintenance Team khasnya kerana telah melaksanakan Program TSSR Pesawat PC-7 MkII (M50-02) dengan jayanya. Seterusnya detik bersejarah dirakam pada hari ini dengan sesi menandatangani Sijil Serah Terima Pesawat PC-7 MkII (M50-02) di antara Mr. Guido Anto Flury dengan Pegawai Memerintah ILIT, Leftenan Kolonel Mohd Fauzi bin Abdullah TUDM dengan disaksikan oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Leftenan Jeneral Dato' Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM dan Panglima Bantuan Udara, Mejar Jeneral Masro bin Kaliwon TUDM.

Majlis ini turut dihadiri oleh AKS Kejuruteraan, Mejar Jeneral Hishammudin bin Abdul Rahman TUDM; AKS Materiel, Brigedier Jeneral Nor Azmi bin Abd Rahman TUDM; Ketua Pengarah DGTA, Brigedier Jeneral Ir Nordin bin Abdul Ghani TUDM; Ketua Staf MPBU, Brigedier Jeneral Muhd Aznor bin Hj Md Ghazali; Komandan Kolej Tentera Udara, Brigedier Jeneral Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM serta jemputan dari MTU, MPPLU, MPBU, PUSPEKA dan wakil dari Pilatus Aircraft Limited (PAL).

Pihak TUDM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan kepada team Kejuruteraan TUDM yang telah berjaya melaksanakan tanggungjawab ini secara profesional.