PERTANDINGAN PERSAHABATAN ACARA MENEMBAK SEMPENA DSA DAN NATSEC ASIA 2022

1 2 3
5 6 7

 

CHERAS, 30 Mac 22 – Pertandingan Menembak sempena ‘Defence Services Asia’ (DSA) dan ‘National Security’ (NATSEC) Asia 2022 bertempat di Lapang Sasar Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am pada hari ini turut disertai Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM yang bergandingan dengan Asisten Ketua Staf MPOU, Mej Jen Mahadzer bin Amin TUDM.

Objektif pertandingan ini diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan kerjasama di antara peserta DSA di samping mengukuhkan lagi hubungan diplomatik dengan delegasi luar negara. Melalui pertandingan ini juga para peserta dapat meningkatkan lagi kemahiran menembak serta menguji kecekapan serta pencapaian dalam mengendalikan senjata.

Johan dalam acara pertandingan menembak telah dimenangi oleh pasukan Ketua Pengarah Imigresen, Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud manakala Naib Johan berjaya dirangkul oleh pasukan Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato’ Indera Haji Yazid bin Haji Arshad TUDM.

Hadir sama pada pertandingan menembak kali ini adalah Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany serta pegawai-pegawai kanan ATM dan pegawai-pegawai dari agensi-agensi keselamatan yang lain.