![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
BUTTERWORTH, 18 Mac 21 - Pangkalan Udara Butterworth hari ini telah melaksanakan Perbarisan Penghargaan sempena persaraan Mej Jen Dato' Hj Sanusi bin Hj Samion TUDM bertempat di 'ASF Hangar', PU Butterworth.
Acara perbarisan ini diadakan sebagai satu penghormatan TUDM khusus kepada beliau yang akan bersara dari perkhidmatan setelah menabur bakti selama 40 tahun 9 bulan di dalam perkhidmatan TUDM khususnya dan ATM amnya.
Mej Jen Dato' Hj Sanusi bin Hj Samion TUDM telah menerima tabik hormat dan seterusnya memeriksa perbarisan yang terdiri daripada 12 pegawai dan 170 anggota lain-lain pangkat diketuai oleh Mej Mohd Fareez bin Omar TUDM diiringi oleh Pancaragam Pusat dibawah pimpinan Mej Mohamad Subri bin Mohamed Isa TUDM.
Beliau juga di dalam ucapan di perbarisan menzahirkan terima kasih kepada pucuk pimpinan TUDM atas segala sokongan yang diberikan kepada beliau di sepanjang perkhidmatan. Tidak terkecuali ucapan terima kasih bagi pihak isteri beliau, Datin Hjh Aishah bt Yoep Abdul Rahman kepada BAKAT Udara dan juga kepada Komander Pangkalan Udara Butterworth, Brig Jen Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM serta kepada seluruh warga Pangkalan Udara Butterworth sebagai tuan rumah bagi perbarisan persaraan beliau. Beliau menyatakan harapan agar semua warga TUDM di setiap peringkat terus berganding bahu dan memberi sokongan sepenuh jiwa raga dalam usaha mencapai matlamat menjadikan TUDM sebagai satu Angkatan Udara yang unggul.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Beliau menyeru warga TUDM untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan dengan penuh amanah, jujur dan ikhlas kerana ia adalah asas utama dalam membina kegemilangan sesebuah organisasi.
Sebagai acara simbolik penghargaan TUDM kepada beliau, Mej Jen Dato' Hj Sanusi bin Hj Samion TUDM dan isteri telah diiring beredar meninggalkan lokasi dalam acara 'send off' menggunakan kenderaan istiadat oleh para pegawai dan anggota TUDM yang terlibat dalam perbarisan ini.
Perbarisan Persaraan ini disaksikan bersama oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM dan isteri, Datin Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan; Panglima Bantuan Udara, Lt Jen Dato' Muhamad Norazlan bin Aris TUDM dan isteri Datin, Wan Nor Sazlina binti Wan Abd Shukor; Ketua Staf Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara, Brig Jen Abdul Halim bin Othman TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM, Ahli Jemaah Tertinggi dan BAKAT Udara serta pegawai-pegawai dan anggota TUDM.
Seluruh warga TUDM mengucapkan terima kasih atas khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada perkhidmatan serta selamat bersara dan selamat maju jaya kepada Mej Jen Dato' Hj Sanusi bin Hj Samion TUDM dan isteri.