PULAU PINANG, 1 Oktober 2020 – Majlis pembukaan Seminar Pejuang TUDM Tahun 2020 yang bertemakan “RMAF FIGHTER FLEET TOWARD CAP55” telah diadakan di Hotel Bayview, Pulau Pinang.
Perasmian pembukaan seminar ini telah disempurnakan olehTimbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM. Ianya merupakan seminar tahunan bagi perjumpaan anak kapal pejuang yang berkhidmat di dalam TUDM dan juga Markas ATM.
Dalam ucapan Timbalan Panglima Tentera Udara di dalam ucapan perasmiannya berharap agar objektif utama Seminar Pejuang TUDM Tahun 2020 ini berjaya dicapai dengan jayanya.
Intipati seminar ini pada dasarnya bertujuan untuk mendedahkan anakapal pejuang tentang informasi terkini serta perancangan TUDM dalam meningkatkan pengoperasian pesawat pejuang dan kesiagaan di masa hadapan.