PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA ANGGOTA YANG KEHILANGAN AHLI KELUARGA

1

SHAH ALAM, 15 Februari 2021 - Bertempat di Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU), Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato' Haji Mohammad Salleh bin Haji Osman TUDM telah menyampaikan sumbangan kepada Kpl U Hilmi Hanif bin Said yang kehilangan bapa kandung dan bapa mentua pada 5 Februari 2021 yang lalu.

Panglima Operasi Udara mewakili seluruh warga MPOU menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada anggota serta keluarga. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Untuk makluman, penerima sumbangan merupakan pemandu kepada Panglima Operasi Udara dan telah berkhidmat dengan beliau sejak dari tahun 2011.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer