SUBANG, 18 Mac 2022 – Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Zahani bin Zainal Abidin TUDM telah menyempurnakan Penutup Latihan Tactical Operation (Eksesais TACOP) Siri 1/22 yang diadakan di Auditorium Air Warfare Centre (AWC), Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU), hari ini.
Panglima Wilayah Udara 1 di dalam ucapannya menzahirkan rasa bangga dan berpuas hati dengan semua elemen yang terlibat. Eksesais TACOP yang dilaksanakan mulai 8 Mac 22 lalu dilihat membuktikan tahap kesiagaan yang terbaik kepada “Air Mobility” Fleet TUDM dengan variasi latihan yang telah dirancang. Pelaksanaan Eksesais TACOP secara hybrid pada tahun ini dengan penambahan penerjunan Combat Rubber Raiding Craft (CRRC), High Altitude High Opening (HAHO) / High Altitute Low Opening (HALO) dan kemampuan latihan Tactical Air Landing Operation (TALO).
Tambah beliau, ketumbukan kejayaan latihan kali ini juga adalah hasil integrasi pasukan khusus dan elit ATM dan TUDM. Eksesais TACOP tidak akan berjaya dilaksanakan jika ianya mandiri tanpa penyertaan daripada pasukan khusus dan elit ATM. Penglibatan dari Markas 21 Grup Gerak Khas dan 10 Briged PARA sudah menjadi sebahagian daripada elemen keperluan dalam pelaksanaan tugas operasi dan latihan TUDM.
Turut hadir di penutup eksesais ialah Panglima 21 Grup Gerak Khas, Mej Jen Nubli bin Hj Hashim; Panglima 10 Briged PARA, Brig Jen Khairul Azmizal bin Ahmad Natal; Komander Pangkalan Udara Kuantan, Brig Jen Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM; Komander Pangkalan Udara Gong Kedak, Kol Ahmad Edros bin Ahmad Osman TUDM, Pegawai-pegawai Kanan daripada TDM dan TUDM serta para peserta eksesais.
Sentiasa Di Angkasa Raya.
#EksesaisTACOP