PENGERUSI JEMAAH TERTINGGI BAKAT UDARA MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEBAJIKAN KEPADA 35 KELUARGA MANGSA BANJIR ,PU KUANTAN

1 2 3
4 5 6

 

KUANTAN - Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara (JTBU), Puan Sri Norainy binti Shahar Alam telah menyampaikan sumbangan kebajikan sempena lawatan rasmi kerja Panglima Tentera Udara ke Pangkalan Udara Kuantan.

Dalam rangka lawatan ini, Puan Sri Norainy bersama-sama delegasi JTBU telah dibawa melihat hasil kraftangan, makanan tradisional serta jualan Amal Shoppe di Dewan Seri Angkasa, PU Kuantan.

7 8 9
10 11 12

 

Seterusnya, beliau berkesempatan menyampaikan sumbangan kebajikan kepada 35 keluarga yang terlibat dalam musibah banjir baru-baru ini. Sumbangan yang disalurkan dapat meringankan bebanan mangsa banjir dan sebagai tanda keprihatinan, selari dengan teras utama kewujudan BAKAT iaitu mengutamakan kebajikan keluarga anggota.

Turut mengiringi beliau, Pemangku Pengerusi BAKAT PU Kuantan, Puan Faesneza binti Mohd Zain; isteri kepada Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Datin Dr Halina binti Harun; isteri kepada PANGWILUD 1, Datin Lynette binti Mohamed; isteri kepada Asisten Ketua Staf Materiel, Datin Nooraini binti Abdul Mutalib; isteri kepada Panglima Rejimen TUDM, Puan Zainon binti Zaimudin dan isteri kepada Komander AWC, Puan Zainab binti Abdullah serta barisan ahli BAKAT Udara PU Kuantan.