PENGERUSI JEMAAH BAKAT UDARA SANTUNI AHLI BAKAT PANGKALAN UDARA KUCHING

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

KUCHING, 8 Feb 23 – Pengerusi Jemaah BAKAT Udara (JBU), Puan Sri Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan, bersama delegasi JBU telah mengadakan lawatan rasmi beliau ke BAKAT Pangkalan Udara Kuching hari ini.

Ketibaan, Puan Sri Datin Sri Bibi Nasratjahan bersama delegasi iaitu Datin Dr Harlina binti Haron, isteri Panglima Operasi Udara; Datin Rashidah bt Musa, isteri Panglima Wilayah Udara 2; Datin Aida binti Ibrahim, isteri AKS P&P dan Puan Saleha binti Shafi Mohammad, isteri AKS Materiel telah disambut oleh Pengerusi BAKAT Udara PU Kuching, Puan Rosdiana binti Mat Yakim serta barisan Ketua Biro BAKAT Udara PU Kuching.

Delegasi Puan Sri Bibi Nasratjahan dialu-alukan dengan Ucapan Selamat Datang daripada Pengerusi BAKAT Udara PU Kuching dan seterusnya menerima ucapan balas daripada Puan Sri Bibi Nasratjahan. Program diteruskan dengan penyerahan sumbangan kebajikan oleh Pengerusi JBU kepada empat orang penerima yang menghidapi penyakit kronik iaitu seorang ahli BAKAT Udara PU Kuching dan tiga anak-anak warga pangkalan.

10 11 12
13 14 15

 

Para delegasi dipersembahkan dengan tayangan video montaj aktiviti BAKAT Udara PU Kuching sepanjang tahun 2022. Pengerusi JBU turut mendengar taklimat laporan BAKAT Udara serta melaksanakan pemeriksaan fail aktiviti bagi setiap biro BAKAT Udara pangkalan.

Seterusnya diadakan sesi dialog di antara Pengerusi JBU dan delegasi dengan ahli-ahli BAKAT pangkalan bagi menjelaskan kefahaman serta memberikan pencerahan tentang segala perkara yang berkaitan dengan BAKAT Udara sebagai sebuah badan yang menjaga kepentingan ahli-ahlinya terutama aspek kebajikan yang menjadi fokus utamanya.

Mengakhiri lawatan, Pengerusi JBU dan delegasi melawat ke kedai Amal Shoppe BAKAT pangkalan dan melihat barang-barang jualan yang terdapat di kedai tersebut. Pengerusi JBU dan delegasi turut dipersembahkan dengan pameran hasil kraftangan ahli BAKAT PU Kuching serta demo masakan karipap pusing, kek lapis dan keropok lekor.

Program lawatan oleh Jemaah BAKAT Udara ke atas BAKAT Udara pangkalan adalah program tahunan yang disusun bagi mendekati sebanyak yang mungkin ke atas ahli-ahli BAKAT Udara di Pangkalan dan unit TUDM.