KUALA LUMPUR, 6 April 21 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah menerima kunjungan persaraan dari Pegawai Memerintah Depoh Materiel Utama, Kol Gopalan A/L Manickam TUDM di pejabat Panglima Tentera Udara, Wisma Pertahanan.
Seluruh warga TUDM mengucapkan selamat bersara dan selamat maju jaya kepada Kol Gopalan A/L Manickam TUDM dalam apa jua lapangan yang diceburi nanti.