![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 14 Feb 24 - Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Sarjan Mejar Rejimen Angkatan Tentera Malaysia (SMR ATM), Pegawai Waran Satu (I) Hayazi bin Abdul Aziz di pejabat beliau, hari ini.
Kunjungan hormat ini adalah bersempena dengan persaraan PW I Hayazi bin Abdul Aziz di dalam perkhidmatan ATM tidak lama lagi setelah berkhidmat selama 31 tahun.
Panglima Tentera Udara turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada PW I Hayazi bin Abdul Aziz di atas segala khidmat bakti, yang dicurahkan sepanjang beliau di dalam perkhidmatan ATM dan sebagai SMR ATM khususnya.