KUALA LUMPUR, 9 Feb 24 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Waran TUDM, PW U I Ahmad Maulana bin Ab Ghafar di pejabat beliau, hari ini.
PW U I Ahmad Maulana bin Ab Ghafar telah dilantik sebagai Pegawai Waran TUDM ke-9 menggantikan PW U I Mohamad Lockman bin Abdul Jabar yang akan bersara. Kunjungan hormat kepada PTU dilaksanakan bagi mendapatkan nasihat, panduan serta mandat daripada pucuk pimpinan tertinggi TUDM bagi menjalankan tugas beliau sebagai Pegawai Waran TUDM selari dengan Pelan Pembangunan Keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 2055.
Dalam kunjungan hormat ini, Panglima Tentera Udara turut menzahirkan ucapan tahniah kepada PW U I Ahmad Maulana bin Ab Ghafar diatas pelantikan sebagai Pegawai Waran TUDM ke-9.