PANGLIMA TENTERA UDARA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA

1 2 3 4

 

KUALA LUMPUR, 30 Jun 2025 – Panglima Tentera Udara (PTU), Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM di pejabat beliau hari ini.

Kunjungan hormat ini diadakan bersempena pelantikan Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM sebagai Timbalan Panglima Tentera Udara yang baharu, serta bertujuan untuk mendapatkan nasihat, panduan dan mandat daripada pucuk pimpinan tertinggi TUDM bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai Timbalan Panglima Tentera Udara selaras dengan Pelan Pembangunan Keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 2055.

PTU turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Panglima Tentera Udara.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer