LAWATAN PANGLIMA PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA KE PPV-24 RSAT PU SENDAYAN UNTUK PROGRAM VAKSINASI FASA 1C

1 2 3
4 5

BANDAR SRI SENDAYAN, 15 Jun 21 – Pusat Pemberian Vaksin (PPV-24) RSAT PU Sendayan telah menjalankan Program Vaksinasi Fasa 1C (Jun 21) dengan memberi suntikan vaksin kepada 366 penerima yang terdiri dari kalangan pegawai dan anggota pangkalan termasuk staf awam. Pelaksanaan program vaksinasi ini telah disaksikan oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mej Jen Mohd Shahada bin Ismail TUDM. Turut mengiringi lawatan panglima adalah Ketua Staf MPPLU, Brig Jen Abdul Halim bin Othman TUDM dan Komander Pangkalan, Kol Hj Ahmad bin Yusof TUDM.

Terdahulu, Panglima Pendidikan dan Latihan Udara telah diberikan taklimat ringkas berkenaan perjalanan Program Vaksinasi yang telah dilaksanakan di pangkalan oleh Mej (Dr) Amit Janardhan a/l Loganathan dari Fasa 1 sehingga terkini di samping langkah-langkah pencegahan dan penguatkuasaan COVID-19 yang dijalankan di PU Sendayan.

Sehingga kini, Pusat Pemberian Vaksin (PPV-24) RSAT PU Sendayan telah berjaya mencapai 85 peratus sasaran penerima suntikan dan seterusnya akan melengkapkan sasaran 100 peratus pada Fasa 1C (Julai 21).