PANGLIMA OPERASI UDARA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PEGAWAI WARAN TUDM

1 2 3

 

SUBANG, 16 Julai 2025 – Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Waran TUDM, PW U I Mohd Rashidi bin Md Tahir di pejabat beliau hari ini.

Kunjungan hormat ini merupakan kali pertama oleh PW U I Mohd Rashidi bin Md Tahir sejak Lt Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM memegang jawatan sebagai Panglima Operasi Udara. Selain bertujuan untuk memperkenalkan diri secara rasmi, pertemuan ini turut menjadi platform bagi beliau mendapatkan nasihat, panduan serta mandat daripada pucuk pimpinan tertinggi TUDM.

Langkah ini sejajar dengan komitmen PW U I Mohd Rashidi bin Md Tahir dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia 2055 (CAP 55), demi memperkasakan keupayaan dan profesionalisme warga TUDM pada masa hadapan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY