PANGLIMA OPERASI UDARA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA KETUA PENGARAH KOR AGAMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

1 2
3 4

 

SUBANG, 12 Ogos 24 – Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM telah menerima Kunjungan Hormat daripada Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT), Mej Jen Dato’ Haji Mohd Rashidi bin Bujai bertempat di Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU), hari ini.

Dalam pertemuan ini, pelbagai topik hal ehwal agama berkenaan ketenteraan telah dibincangkan bagi memantapkan lagi anggota dalam operasi dan tugas tanpa mengabaikan tuntutan agama sekali gus memastikan rohani anggota TUDM berada pada tahap yang terbaik.

Dikesempatan ini, Ketua Pengarah KAGAT telah dibawa melawat ke Galeri MPOU sebelum mengakhiri kunjungan dengan pertukaran cendera kenangan sebagai tanda penghargaan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer