SUBANG, 31 Okt 23 – Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM telah menerima Kunjungan Hormat daripada Commander Washington Air National Guard, Brigadier General Gent Welsh bertempat di Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU), hari ini.
Ketibaan Commander Washington Air National Guard telah disambut oleh AKS MPOU-A3, Kol Norazman bin Ismail TUDM dan seterusnya dibawa untuk menerima tabik hormat daripada Kawalan Kuarter PU Subang sebelum membuat kunjungan hormat ke atas Panglima Operasi Udara serta menandatangani buku lawatan. Commander Washington Air National Guard dan delegasi juga turut dibawa melawat Galeri MPOU yang memaparkan gambar-gambar sejarah pengoperasian dan eksesais yang dikendalikan oleh MPOU.
Dikesempatan itu juga, Command Chief, Washington Air National Guard, Chief Master Sergeant Allan Lawson turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Pegawai Waran Markas MPOU, PW U I Amly bin Ibrahim. Antara topik yang dibincangkan adalah Empowerment of Senior Non-Commissioned Officer (SNCO) dalam organisasi TUDM.
Pertemuan ini memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk saling berkongsi dan bertukar buah fikiran dalam bidang ketenteraan dan pemerintahan masing-masing. Dalam masa yang sama, perjumpaan ini turut melambangkan hubungan erat dan diplomasi pertahanan di antara dua angkatan udara. Turut hadir AKS MPOU-A3, Kol Norazman bin Ismail TUDM dan AKS MPOU-A2, Lt Kol Zulkifli bin Ridzuan Harry TUDM.