BUTTERWORTH, 18 Ogos 23 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi penghargaan khas kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM sempena persaraan beliau dengan terbang bersama Su-30 MKM atau Sukhoi bagi merasai pengalaman penerbangan pesawat pejuang tersebut.
Penerbangan pesawat Flanker M52-17 bersama Pegawai Memerintah No 12 Skn, Leftenan Kolonel Mohd Noraihan bin Abdul Karim TUDM berlepas dari Pangkalan Udara Butterworth berada di ruang udara sekitar Pulau Pinang dan Kedah selama lebih kurang 45 minit.
Melintasi Kolej Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM menerima penghormatan daripada TUDM melalui warga Kolej Tentera Udara, Alor Setar dengan formasi tertera “Thank You PAT”.