MELAKA , 6 Okt 21-Markas Wilayah Udara 1 (Mawilud 1) telah menganjurkan Mesyuarat Pemerintahan Panglima Wilayah Udara 1 (Pangwilud 1) dari 5 hingga 7 November 2021 bertempat di Hatten Hotel Melaka.
Mesyuarat yang berlangsung selama 3 hari tersebut telah menjadi medium untuk menggarap pelbagai idea dalam memastikan pentadbiran serta pengoperasian pangkalan-pangkalan serta unit-unit naungan Mawilud 1 berada di tahap yang optimum.
Selain daripada pembentangan oleh pihak pangkalan dan skuadron, beberapa taklimat dan syarahan seperti taklimat jawatankuasa sokongan pergerakan gaji (jkspg), pengurusan kewangan, taklimat keselamatan penerbangan serta taklimat perolehan aset kewangan turut diadakan bertujuan memberi pendedahan serta pengetahuan kepada semua peserta mesyuarat pada kali ini.
Dalam ucapan Pangwilud 1, beliau menegaskan akan kepentingan work and life balance serta mengharapkan komitmen dan kerjasama daripada semua pihak dalam memastikan visi dan misi yang telah diamanahkan kepada mawilud 1 dapat direalisasikan dengan jayanya serta pada tahap keselamatan yang tinggi.