MESYUARAT AIR WORKING GROUP (AWG) MALAYSIA–THAILAND KE-107

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

JOHOR BAHRU, 15 Ogos 25 – Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM bersama Air Marshal Anurak Romnarak (RTAF), Deputy Chief of Air Staff (Operations), selaku Pengerusi Bersama, telah mempengerusikan Mesyuarat Air Working Group Malaysia–Thailand (AWG MALTHAI) Ke-107 yang berlangsung dari 11 hingga 15 Ogos 2025 di Johor Bahru, Johor.

Mesyuarat AWG ini merupakan platform rasmi antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Royal Thai Air Force (RTAF) bagi membincangkan serta merancang pelaksanaan aktiviti dua hala yang merangkumi bidang operasi, bantuan dan latihan.

Antara manfaat yang diperoleh TUDM melalui kerjasama ini termasuk program pertukaran pegawai seperti Squadron Officer School (SOS) dan Air Command and Staff College (ACSC) yang ditawarkan oleh RTAF, serta Squadron Officer Course (SOC) dan Armed Forces Staff College yang ditawarkan oleh TUDM. Selain itu, turut dilaksanakan program pertukaran kepakaran, penganjuran kursus-kursus kerjaya dan eksesais bersama seperti Air THAMAL.

Penganjuran mesyuarat ini secara berterusan telah meningkatkan tahap keserasian, setiakawan dan hubungan kerjasama antara kedua-dua angkatan udara. Ia sekali gus memastikan hubungan baik yang telah terjalin dapat terus diperkukuh, di samping mengekalkan kestabilan serta keselamatan serantau.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY