MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA DAN ACARA “SEND OFF” MANTAN TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA

1 2 3
4 5 6

 

KUALA LUMPUR, 28 Jun 22 – Bertempat di Dewan Seroja Kem KEMENTAH, telah berlangsung acara yang melibatkan perubahan kepada barisan pimpinan tertinggi TUDM. Di acara bersejarah kepada TUDM ini, Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Panglima Tentera Udara di antara Lt Jen Datuk Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM kepada penggantinya, Lt Jen Dato' Indera Muhamad Norazlan bin Aris TUDM berlangsung dengan lancar dengan disaksikan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM serta panglima-panglima pemerintahan TUDM yang lain, Asisten-Asisten Ketua Staf, para pegawai kanan TUDM, pegawai serta anggota Lain Lain Pangkat khususnya yang bertugas di Markas Tentera Udara, Markas Angkatan Tentera Malaysia serta pasukan di sekitar Lembah Kelang.

Acara dimulakan dengan menandatangani Sijil Serah Terima Tugas seterusnya diikuti penyerahan Sijil Serah Terima Tugas kepada Lt Jen Dato' Indera Muhamad Norazlan bin Aris TUDM sebagai simbolik peralihan pemerintahan dan rasminya memegang jawatan Timbalan Panglima Tentera Udara.

7 8 9
10 11 12
13 14 15

 

Seterusnya sekitar jam 1.45 petang, Lt Jen Datuk Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM meninggalkan pejabat rasmi TPTU di Wisma Pertahanan serta disambut oleh warga TUDM di Foyer Wisma Pertahanan yang mengucapkan terima kasih dan mendoakan kejayaan beliau setelah bersara serta mengiringi beliau dalam acara “Send Off”. Kenderaan yang beliau naiki meninggalkan perkarangan Wisma Pertahanan dan beliau menerima hormat daripada Kawalan Kuarter sebaik tiba di balai pengawal sebagai simbolik tanda penghormatan kepadanya pada hari terakhir bertugas.

Panglima Tentera Udara dan seluruh warga TUDM menzahirkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Lt Jen Datuk Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM di atas khidmat bakti beliau selama 41 tahun di dalam TUDM khususnya dan ATM amnya. Terima Kasih, Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya.