KUALA LUMPUR, 23 Oktober 2020 – Majlis Serah Terima Tugas Asisten Ketua Staf Sumber Manusia (AKS Sumber Manusia) telah berlangsung di antara Mej Jen Dato’ Hj Md Fauzi bin Saleh TUDM dengan Mej Jen Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM, hari ini.
Mej Jen Dato’ Hj Md Fauzi bin Saleh TUDM kini memegang jawatan sebagai Asisten Ketua Staf J3 di Markas Angkatan Bersama.
Acara serah terima tugas yang diadakan di Eagle Nest, Markas Tentera Udara telah disaksikan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM serta turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain serta pegawai-pegawai dari Bahagian Sumber Manusia.
Seluruh warga TUDM merakamkan ucapan tahniah kepada Mej Jen Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM atas pelantikan sebagai AKS Sumber Manusia yang baharu dan terima kasih kepada Mej Jen Dato’ Hj Md Fauzi bin Saleh TUDM atas sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang menjawat jawatan tersebut.